TRUMP menarik Washington keluar dari perjanjian nuklear Tehran dengan kuasa dunia pada 2018.
TRUMP menarik Washington keluar dari perjanjian nuklear Tehran dengan kuasa dunia pada 2018.
Reuters

Dubai: Seorang ahli Parlimen Iran menawarkan ganjaran AS$3 juta (RM12.2 juta) kepada sesiapa yang boleh membunuh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan mengatakan Iran boleh mengelakkan sebarang ancaman sekiranya mempunyai senjata nuklear, lapor agensi berita ISNA.

Ketegangan mula tercetus sejak Trump menarik Washington keluar dari perjanjian nuklear Tehran dengan kuasa dunia pada 2018.

“Mewakili penduduk wilayah Kerman, kami akan membayar AS$3 juta tunai kepada sesiapa yang boleh membunuh Trump,” kata Ahmad Hamzeh kepada 290 perwakilan Parlimen.

Bandar Kerman adalah kampung halaman Qassem Soleimani yang terbunuh dalam serangan dron di Iraq baru-baru ini.

“Jika kita ada senjata nuklear hari ini, kita boleh lindungi diri dari sebarang ancaman. Kita juga patut letakkan agenda menghasilkan peluru berpandu jarak jauh. Ini adalah hak kita,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 January 2020 @ 8:05 PM