ORANG awam mendapatkan rawatan di hospital di Wuhan. FOTO AFP
AFP

WUHAN: Amerika Syarikat akan melakukan evakuasi kakitangan kerajaan dan rakyatnya yang terperangkap di bandar itu.

Jabatan Negara AS dalam satu kenyataan berkata, kerajaan sudah mengatur pesawat khas bagi tujuan berkenaan.

“Pesawat khas itu akan berlepas ke Wuhan, Selasa ini dan akan membawa penumpang terbabit ke San Francisco,” katanya dalam satu kenyataan menerusi e-mel.

Bagaimanapun, kenyataan sama menyebut pesawat berkenaan mempunyai kapasiti terhad untuk individu perseorangan.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 January 2020 @ 12:32 PM