PENUMPANG memakai penutup hidung dan mulut beratur ketika membeli tiket di stesen kereta api laju dari Hong Kong ke China. FOTO AFP
PENUMPANG memakai penutup hidung dan mulut beratur ketika membeli tiket di stesen kereta api laju dari Hong Kong ke China. FOTO AFP
AFP

BEIJING: China mengumumkan penangguhan tarikh pembukaan sesi tadika, sekolah dan universiti di seluruh bandar itu susulan penularan wabak koronavirus, lapor Radio Nasional China.

Reuters pula melaporkan, Suruhanjaya Kesihatan Nasional China menjangkakan jangkitan koronavirus itu terus meningkat berikutan keupayaan wabak itu tersebar semakin cepat.

Menteri Suruhanjaya Kesihatan Nasional China Ma Xiaowei berkata, pengetahuan tentang wabak itu sangat terhad berikutan ia masih baru.

Bercakap dalam taklimat media pada hari kedua cuti Tahun Baharu Cina, Ma berkata, tempoh virus berkenaan matang antara satu hingga 14 hari di mana ia jangkitan boleh berlaku semasa tempoh itu.

Terdahulu, pihak berkuasa kesihatan di Beijing turut menggesa orang ramai tidak bersentuhan tangan sebaliknya menggunakan kaedah tradisional menerusi sarung tangan.

Nasihat terbabit disebarkan menerusi pesanan mesej telefon bimbit di Beijing, pagi ini.

Sementara itu, Agensi Kesihatan Amerika Syarikat (AS) mengesahkan kes ketiga wabak itu direkodkan berlaku di AS dan California.

Ia susulan seorang pelancong dari Wuhan, China dikuarantin di hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Setakat ini, lebih 2,000 orang dijangkiti wabak itu dengan 56 kematian disahkan berlaku di China.

Wabak itu turut merebak di Kanada membabitkan penduduk yang baru pulang dari Wuhan manakala Australia mengesahkan kes pertama semalam.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 January 2020 @ 5:46 PM
    Digital NSTP Subscribe