GAMBAR hiasan. FOTO AFP
Reuters

TOKYO: Jepun menguruskan penerbangan sewa khas esok untuk membawa pulang rakyat mereka yang terkandas di Wuhan, China akibat penularan koronavirus.

Reuters melaporkan Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Yoshihide Suga dalam sidang media hari ini berkata, kerajaan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa China untuk menguruskan penghantaran pulang warga negara mereka.

“Kita akan menguruskan mereka yang mahu pulang dengan menggunakan penerbangan sewa khas,” katanya yang dipetik Agensi Berita Kyodo.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 January 2020 @ 12:37 PM