FOTO fail menunjukkan rakyat Jepun yang dievakuasi dengan pesawat khas dari Wuhan. FOTO AFP
AFP

Sydney: Australia bercadang untuk melaksanakan proses evakuasi rakyatnya dari Wuhan.

Bagaimanapun, individu berkenaan akan ditempatkan di Pulau Krismas yang sebelum ini menjadi pusat tahanan pencari suaka di negara itu.

Perdana Menteri Scott Morrison berkata, kira-kira 600 warga Australia berada di Wuhan.

Beliau berkata, negara itu akan bekerjasama dengan New Zealand untuk tujuan berkenaan.

“Pasukan tentera akan bertanggungjawab untuk menyelia fasiliti di pulau berkenaan,” katanya.

Selain itu katanya, individu terbabit akan ditempatkan di pulau berkenaan selama 14 hari.

Pulau Krismas sebelum digunakan untuk menempatkan pencari suaka yang ditahan ketika cuba memasuki Australia dengan bot.

Sebelum ini, AS dan Jepun menjadi antara negara paling awal melakukan evakuasi rakyatnya yang berada di Wuhan.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 January 2020 @ 3:30 PM