AKTOR Bollywood, Salman Khan dikecam oleh warganet.
Agensi

Goa: Aktor Bollywood, Salman Khan dikecam warganet selepas satu video dia menepis dan merampas telefon seorang lelaki yang mahu merakam swafoto dengan pelakon berkenaan tanpa izin.

Hindustan Times melaporkan, insiden yang berlaku di Lapangan Terbang Goa itu menyaksikan Salman dan beberapa lelaki dipercayai pembantu dan pengiringnya keluar dari balai ketibaan dengan seorang lelaki menghalakan skrin telefon pintarnya untuk bergambar bersama Salman.

Namun, Salman yang jelas dalam keadaan marah merampas telefon pintar berkenaan dan berlalu pergi.

Lelaki itu yang dipercayai kakitangan syarikat penerbangan yang beroperasi di lapangan terbang itu bagaimanapun tidak membuat sebarang laporan rasmi.

Inspektor polis lapangan terbang, Sagar Ekoskar berkata, selepas video itu tular, pihaknya bertanyakan lelaki berkenaan mengenai insiden itu dan dia mengesahkan apa yang berlaku namun, enggan membuat laporan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 January 2020 @ 7:44 PM