ORANG ramai di Bangkok, Thailand menggunakan topeng muka dan mulut ketika menggunakan pengangkutan awam. FOTO AFP.
ORANG ramai di Bangkok, Thailand menggunakan topeng muka dan mulut ketika menggunakan pengangkutan awam. FOTO AFP.
Reuters

BEIJING: Jumlah kematian akibat koronavirus baharu di China meningkat 45 kes kepada 304 hari ini.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan negara melaporkan semua kematian baharu dicatatkan di Wilayah Hubei.

Sehingga hari ini, sebanyak 2,590 kes baharu disahkan di China, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 14,380 kes.

Di Hubei, jumlah kematian turut meningkat kepada 294 sehingga semalam, dengan 1,921 kes dikesan menjadikan jumlah keseluruhan kes di wilayah itu sebanyak 9,074.

Wabak itu sudah merebak ke 12 negara dan wilayah lain dengan 130 kes dilaporkan.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Februari 2020 @ 9:10 AM
    Digital NSTP Subscribe