ORANG ramai memakai penutup mulut dan hidung ketika berjalan-jalan di Hong Kong. FOTO AFP
ORANG ramai memakai penutup mulut dan hidung ketika berjalan-jalan di Hong Kong. FOTO AFP
Agensi

HANOI: Vietnam mewujudkan hospital sementara sebagai persediaan untuk menerima rakyatnya yang pulang dari China.

Vietnam yang bersempadan China mempunyai hubungan perdagangan dan pelancongan yang rapat dengan republik itu.

Setakat ini, Vietnam mempunyai 10 kes positif koronavirus termasuk tiga orang tanpa sejarah perjalanan ke China.

Pengarah Jabatan Kesihatan Ho Chi Minh, Nguyen Tan Binh berkata, tiga kes positif direkodkan di Ho Chi Minh, manakala dua kemudahan sedia ada ditukarkan ke hospital sementara dengan jumlah kapasiti 500 katil.

“Mereka akan menerima, memantau dan merawat semua pesakit koronavirus yang disyaki, jika epidemik itu terus merebak,” katanya.

Di Hanoi, dua kemudahan ketenteraan ditukar kepada pusat kuarantin yang dapat menampung 1,500 orang kerana negara itu bersedia menerima 950 rakyatnya dari China untuk diasingkan di tapak berkenaan.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Februari 2020 @ 5:37 PM