REMAJA bermain board game
REMAJA bermain board game
Reuters

SHANGHAI: Pihak berkuasa di sini belum bersedia membenarkan pelajar kembali sekolah susulan wabak koronavirus baharu (Covid-19)

Bagaimanapun, sesi pembelajaran dijalankan secara dalam talian, apabila sesi persekolahan dibuka bermula 2 Mac depan.

Ia dimaklumkan oleh Ketua Jawatankuasa Pendidikan Shanghai, Lu Jing.

Sebelum ini, Shanghai mengumumkan kemungkinan sekolah akan dibuka semula selewat-lewatnya, pada akhir bulan ini.

Bagaimanapun, langkah terbaharu yang diambil menunjukkan kerajaan enggan mengambil risiko yang boleh membahayakan pelajar sekolah.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Februari 2020 @ 5:31 PM
    Digital NSTP Subscribe