X
PEKERJA pembersihan di Lapangan Terbang Changi memaki penutup mulut dan hidung. FOTO Reuters
PEKERJA pembersihan di Lapangan Terbang Changi memaki penutup mulut dan hidung. FOTO Reuters
Agensi

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan memperketat penguatkuasaan untuk membendung wabak koronavirus baharu (Covid-19).

Ia menerusi pemberian Notis Duduk di Rumah (SHN) kepada penduduk dan pemegang pas jangka panjang (LTVP) yang kembali ke negara ini dari China.

Channel News Asia melaporkan, menerusi SHN, individu terbabit dilarang meninggalkan rumah mereka dalam tempoh 14 hari.

Langkah itu lebih ketat berbanding cuti tanpa hadir (LOA) yang membolehkan mereka keluar rumah sementara untuk membeli makanan atau bekalan di rumah.

Mereka yang dikenakan SHN perlu dipantau kesihatan dan mengurangkan interaksi dengan orang lain.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Februari 2020 @ 5:45 PM
    Kabinet Malaysia 2020