IMPIAN Arief untuk melangsungkan perkahwinan tidak kesampaian selepas bakal isterinya maut dalam kemalangan jalan raya. - Agensi
IMPIAN Arief untuk melangsungkan perkahwinan tidak kesampaian selepas bakal isterinya maut dalam kemalangan jalan raya. - Agensi
Agensi

Batam: Impian lelaki untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian apabila bakal isterinya itu maut dalam kemalangan jalan raya, enam hari sebelum hari pernikahan mereka.

TribunNews melaporkan mangsa, Sri Wahyuni terbabit dalam kemalangan di Bukit Daeng, di sini.

Dalam kejadian itu, adik mangsa juga parah.

Apa yang menyedihkan, sebelum kejadian, lelaki itu, Arief Wijanarko memuat naik video undangan ke majlis pernikahannya di Facebook.

Menerusi video berdurasi 56 saat itu, Arief mengharapkan kehadiran rakan dan saudara di samping meminta doa supaya urusannya dipermudahkan.

Mengikut perancangan, majlis itu sepatutnya diadakan Ahad ini di kediaman pengantin wanita di Magetan, di sini.

“Merupakan suatu kehormatan dan kebahagiaan bagi kami apabila teman, sahabat dan saudara berkenan hadir untuk memberikan doa restu kepada kami,” katanya.

Hantaran video itu mulanya dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan dan pengikut Arief.

Namun, ucapan tahniah itu kemudian bertukar takziah selepas tersiarnya berita mengenai kemalangan berkenaan.

Kisah itu mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya mendoakan Arief supaya reda dan tabah menghadapi ujian.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Februari 2020 @ 6:10 AM
Digital NSTP Subscribe