X
PENGUNJUNG pasar raya di Beijing memakai penutup mulut dan hidung. FOTO Reuters
PENGUNJUNG pasar raya di Beijing memakai penutup mulut dan hidung. FOTO Reuters
Agensi

BEIJING: Sebanyak 343 kes baharu koronavirus baharu (Covid-19) direkodkan di China, dengan pertambahan 114 jumlah kematian.

Al-Jazeera melaporkan daripada jumlah itu, 108 kematian direkodkan di wilayah Hubei iaitu pusat wabak berkenaan.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan memaklumkan rekod terbaru itu menjadikan sebanyak 2,118 jumlah kematian dengan 74,576 individu dijangkiti wabak itu sehingga kini.

Bagaimanapun, ia menunjukkan penurunan berbanding 1,749 kes dilaporkan pada hari sebelumnya.

Angka itu juga menunjukkan penurunan kes terbesar dalam tempoh sebulan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Februari 2020 @ 10:57 AM
    Kabinet Malaysia 2020