WASHINGTON: Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) menasihatkan rakyatnya untuk tidak mengunjungi Korea Selatan.
Ia susulan penularan wabak koronavirus baharu (Covid-19) di negara itu yang sehingga kini merekodkan 1,595 kes jangkitan.
Dalam pada itu, AFP melaporkan Tentera AS dan Korea Selatan juga bersetuju untuk menangguhkan eksesais ketenteraan.
AS mempunyai 28,500 askar di Korea Selatan yang kebanyakannya berpangkalan di Kem Humphrey di Pyeongtaek.
Ia menjadi fasiliti tentera tentera terbesar di luar AS, bagi melindungi negara itu daripada ancaman Korea Utara.