PEKERJA melakukan semburan pembasmi kuman di sebuah pasar raya di Seoul, Korea Selatan. FOTO Reuters
PEKERJA melakukan semburan pembasmi kuman di sebuah pasar raya di Seoul, Korea Selatan. FOTO Reuters
Reuters

SEOUL: Korea Selatan mencatatkan 476 kes koronavirus baharu (Covid-19) menjadikan jumlah keseluruhan 4,212 kes.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Wabak Korea (KCDC) memaklumkan daripada jumlah itu, 377 kes dikesan di Daegu iaitu bandar di mana wabak itu mula dikesan di Korea Selatan dan wilayah bersebelahannya.

Dalam pada itu, 68 kes lagi datang daripada wilayah berhampiran utara Gyeongsang.

Jumlah kematian pula dilaporkan meningkat kepada 22 berbanding 20 pada hari sebelumnya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Mac 2020 @ 11:47 AM