X
DOKTOR melakukan swab test secara drive thru di Lehman College. FOTO AFP.
DOKTOR melakukan swab test secara drive thru di Lehman College. FOTO AFP.
AFP

Rome: Kematian akibat pandemik Covid-19 di Eropah melebihi 20,000 kes, dengan Itali dan Sepanyol masing-masing merekodkan lebih 800 kematian sehari.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trumph berkata, beliau sedang mempertimbangkan untuk melaksanakan perintah kuarantin di New York dan beberapa negeri lain.

Satu pertiga daripada populasi dunia kini di bawah perintah berkurung kerana wabak ini meninggalkan kesan amat dahsyat dalam setiap aspek masyarakat, memberi tekanan kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan dan menghapuskan berjuta pekerjaan.

Secara global, kadar kematian sudah melepasi angka 30,000, namun beberapa negara mengatakan perkara terburuk belum berlaku.

Bagaimanapun di Wuhan lokasi pertama wabak ini bermula kembali pulih, dengan sebahagian daripada bandar dibuka semula selepas lebih dua bulan menjalani perintah berkurung.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Mac 2020 @ 11:51 AM