PINK. FOTO AFP
PINK. FOTO AFP
Agensi

Los Angeles: Penyanyi, Pink mengesahkan dia dan anaknya kini menjalani pengasingan selepas disahkan positif Covid-19.

Namun, beberapa hari lalu, ujian saringan yang dijalankan mendapati mereka sudah negatif daripada wabak maut itu.

Dalam laporan CNN, Pink memaklumkan dia dan anaknya Jameson, 3, mula menunjukkan simptom sejak dua minggu lalu.

Dia bernasib baik kerana doktor peribadinya menjalankan saringan terhadap dia dan Jameson.

Penyanyi itu turut kecewa atas apa yang disifatkan sebagai kegagalan kerajaan untuk menyediakan kemudahan ujian saringan.

Dia berkata, ujian itu perlu disediakan demi melindungi masyarakat.

Penyanyi itu turut mengumumkan akan menyalurkan derma AS$1 juta (RM4.35 juta) kepada Tabung Hospital Universiti Temple dan Dana Krisis Datuk Bandar Los Angeles untuk Covid-19.

"Terima kasih kepada semua anggota pasukan perubatan dan mereka yang terbabit di seluruh dunia kerana sanggup melindungi orang yang kami sayangi," katanya.

Pink kini menetap di Los Angeles bersama suami dan dua anak.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 April 2020 @ 2:44 PM