MARY maut akibat Covid-19 Ahad lalu.
MARY maut akibat Covid-19 Ahad lalu.
AFP

SEORANG jururawat maut akibat Covid-19, namun bayi dikandungnya selamat dilahirkan.

Mary Agyeiwaa Agyapong, 28, yang bertugas di wad umum di Luton and Dunstable University Hospital, utara London dilaporkan meninggal dunia, Ahad lalu.

Ketua Eksekutif Yayasan Amanah Hospital Bedfordshire, Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) David Carter mengesahkan, wanita itu disahkan positif wabak itu 5 April lalu sebelum dirawat di tempatnya bekerja, dua hari kemudian.

“Dukacitanya saya mengesahkan seorang jururawat kami meninggal dunia, Mary Agyeiwaa Agyapong, Ahad lalu.

“Mary bertugas di sini sejak lima tahun lalu dan amat disayangi pasukan kami.

“Dia seorang jururawat yang hebat dan contoh terbaik dalam apa yang kita usahakan selama ini.

“Takziah kepada keluarga dan rakan Mary yang berdepan saat menyedihkan ini,” katanya.

Kekurangan peralatan perlindungan diri (PPE) untuk barisan petugas hadapan di United Kingdom terus menjadi pertikaian apabila mereka terdedah risiko jangkitan ketika menangani kes wabak itu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 April 2020 @ 6:00 AM