PEKERJA warga asing berehat di tangga dan balkoni asrama pekerja dimana sebahagian besar pekerja warga asing positif Covid-19 di Singapura. FOTO AFP
PEKERJA warga asing berehat di tangga dan balkoni asrama pekerja dimana sebahagian besar pekerja warga asing positif Covid-19 di Singapura. FOTO AFP
Agensi

SINGAPURA: Singapura mencatatkan penambahan 1,016 kes Covid-19 sehingga 12 tengah hari ini dengan sebahagian besar adalah pekerja warga asing yang menginap di asrama pekerja.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), sejumlah 15 kes adalah warga Singapura atau Penduduk Tetap.

Berita Harian Singapura melaporkan, angka terbaharu itu menjadikan kes Covid-19 di Singapura melepasi 10,000 kepada 10,141 kes.

Singapura terus menyaksikan peningkatan kes positif Covid-19 sejak kebelakangan ini, dengan sebahagian besar tertumpu pada pekerja asing yang tinggal di asrama atau dormitori, susulan langkah pemerintah menjalankan ujian secara agresif.

MOH berkata semalam, jumlah kes baru di dalam masyarakat telah mencatat penurunan kepada purata 28 kes setiap hari minggu lalu, berbanding purata 39 kes setiap hari pada minggu sebelumnya.

Sehingga kini, seramai 11 orang telah terkorban di Singapura akibat Covid-19.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong semalam mengumumkan langkah melanjutkan tempoh pemutus litar sehingga 1 Jun ini, dengan arahan sedia ada diperketatkan.

Ini termasuk memastikan lebih banyak tempat kerja ditutup bagi mengurangkan tenaga kerja yang menjalankan kerja-kerja genting.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 April 2020 @ 4:54 PM