PENIAGA menjual roti gergasi kepada penduduk sekitar wilayah An Giang. FOTO Agensi.
PENIAGA menjual roti gergasi kepada penduduk sekitar wilayah An Giang. FOTO Agensi.
Agensi

Vietnam: Wilayah An Giang di sini, adalah daerah terpencil terkenal dengan keindahan alam semula jadinya.

Namun, di sebalik lokasi terpencil itu, wilayah berkenaan menggemparkan dunia apabila tular satu gambar roti dengan berat sekitar tiga kilogram (kg) baru-baru ini.

Digelar sebagai 'roti gergasi', roti itu dihasilkan setinggi satu meter dengan berat tiga kilogram.

VNExpress melaporkan, ada individu mendakwa gambar yang tular diambil menggunakan sudut tertentu untuk mencipta ilusi bagi menampakkan roti berkenaan besar.

Namun, dakwaan berkenaan tidak benar sama sekali kerana ia benar-benar wujud dan dijual sekitar AS$2.14 atau RM10 setiap satu.

Media tempatan turut melaporkan roti berkenaan menjadi perhatian dunia selepas ia tular di media sosial. Dilaporkan, roti berkenaan baru saja dihasilkan dan ia bukan makanan tradisional di wilayah itu.

Pembuat roti, Pham Thi Bac ketika ditanya VNExpress berkata, pada awalnya dia hanya membuat roti berkenaan pada waktu lapang dan mengubahsuai ukuran roti berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mei 2020 @ 8:01 AM