ORANG ramai berjalan melepasi restoran yang masih ditutup di New York. FOTO AFP
ORANG ramai berjalan melepasi restoran yang masih ditutup di New York. FOTO AFP
AFP

Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengugut untuk membekukan penyaluran dana negara itu kepada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Ugutan itu dibuat sehingga pertubuhan itu melakukan 'penambahbaikan substansif' dalam tempoh 30 hari.

Washington menggantung peruntukan kepada WHO sejak pertengahan April lalu selepas pertubuhan itu dilihat semakin rapat dengan Beijing dan didakwa menutup kegagalan pengurusan pandemik Covid-19.

Pada Isnin, Trump menerusi Twitternya memuat naik surat yang dihantar kepada Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Dalam surat itu, Trump menyenaraikan contoh yang dimaksudkannya mengenai kelemahan WHO dalam menangani wabak ini selain terlalu rapat dengan China.

"Jelas menunjukkan kesilapan anda dan organisasi anda dalam memberi respons terhadap pandemik ini yang menyebabkan kerugian yang besar.

"Jalan yang ada untuk maju adalah WHO bebas daripada China," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Mei 2020 @ 2:10 PM