ANTARA pelitup muka paling menarik dihasilkan Johannsdottir.
ANTARA pelitup muka paling menarik dihasilkan Johannsdottir.
Agensi

Reykjavík: Kreativiti seorang pereka fesyen dari Icelandini, Yrurari Johannsdottir mencipta pelitup muka menakutkan dengan lidah terjelir sebagai simbolik penjarakan sosial.

Ia juga menarik perhatian muzium tekstil di Amerika Syarikat dan Belanda yang berhasrat mempamerkan koleksi penutup muka hidung dan mulutitu.

Johannsdottir, 27, yang membuat pelitup muka dengan menggunakan benang kait mahu orang ramai mengamalkan penjarakan sosial.

Idea untuk mencipta pelitup muka dengan lidah terjelir dan taring menakutkan itu diilhamkan selepas menonton filem serta rancangan di televisyen sepanjang perintah berkurung pada Mac dan April lalu.

"Idea ini muncul supaya pelitup muka 'menakutkan' ini membuat orang ramai mengamalkan peraturan penjarakan sosial," katanya kepada AFP.

Menurutnya, walaupun dianggap kelakar dan kainnya diperbuat daripada benang dikait yang tidak selamat untuk mengelak virus itu, namun ia mampu menjauhkan orang untuk berada dekat dengannya.

Dia menghasilkan pelitup muka itu di studio kecil yang disewa di kawasan perindustrian Reykjavik,

Rekaan yang paling rumit memerlukan tempoh 10 jam untuk disiapkan.

Seperti kebanyakan kanak-kanak Iceland, dia diajar bagaimana mengait ketika di bangku sekolah pada usia sembilan tahun.

"Saya sangat obses dengan baju kait, saya selalu membaca komik Donald Duck dan mengait baju pada masa yang sama," katanya.

Walaupun pelitup mukanya mendapat sambutan di media sosial, pereka muda itu tidak berniat untuk menghasilkannya secara besar-besaran.

"Saya juga tidak mahu membuat terlalu banyak," katanya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Mei 2020 @ 7:10 AM