KEADAAN di lokasi kejadian. FOTO Agensi
KEADAAN di lokasi kejadian. FOTO Agensi
Agensi

New York: Lima beranak terbunuh selepas sebuah pesawat ringan terhempas di Georgia, Amerika Syarikat, Sabtu lalu.

Mangsa, juruterbang yang juga pemilik pesawat itu, Larry Ray Pruitt, isterinya dan tiga anak mereka terbunuh di dalam nahas berkenaan.

Bernama yang memetik agensi berita Anadolu melaporkan keluarga berkenaan dalam perjalanan untuk menghadiri majlis pengebumian di Indiana.

Mereka menaiki pesawat Piper 31T enjin berkembar turboprop.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Jun 2020 @ 1:01 PM