KANAK-kanak dari etnik Ticuna menerima rawatan di pusat kesihatan di Kampung Umariacu, Tabatinga, Amazonas, Brazil. FOTO AFP.
KANAK-kanak dari etnik Ticuna menerima rawatan di pusat kesihatan di Kampung Umariacu, Tabatinga, Amazonas, Brazil. FOTO AFP.
AFP

Rio de Janeiro: Jangkitan kes Covid-19 di Brazil melepasi angka satu juta semalam, ketika negara terbesar di Amerika Latin itu terus bergelut dengan peningkatan kes dan kematian akibat pandemik itu.

Kementerian Kesihatan berkata, negara itu mencatatkan 54,771 kes jangkitan baharu, sebahagian besarnya disebabkan 'ketidakstabilan' dalam sistem pelaporannya selama seminggu, yang mana ada beberapa negeri yang melaporkan angka dari beberapa hari sekali gus.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Brazil mencecah 1,032,913, dengan 48,954 kematian, jumlah tertinggi selepas Amerika Syarikat.

Palar berkata, jumlah yang dijangkiti di negara yang mempunyai jumlah penduduk seramai 212 juta itu mungkin lebih tinggi, walaupun lengkungan jangkitan mula kelihatan rata.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Jun 2020 @ 11:05 AM