DANIEL Lewis Lee. FOTO Polis Spokane/ AFP
DANIEL Lewis Lee. FOTO Polis Spokane/ AFP
AFP

Washington: Seorang pelampau kulit putih yang didapati bersalah kerana terbabit pembunuhan tiga sekeluarga pada 1996 menjalani hukuman mati dengan suntikan maut pada Selasa.

Ia adalah hukuman mati pada peringkat persekutuan di Amerika Syarikat, dalam tempoh 17 tahun.

Daniel Lewis Lee, 47, disahkan meninggal dunia pada 8.07 pagi di penjara Terre Haute di Indiana.

Lee antara tiga banduan yang dijadualkan menjalani hukuman mati minggu ini, selepas Presiden Donald Trump mengarahkan hukuman itu dikembalikan pada peringkat persekutuan

Lee dan, seorang lagi lelaki Chevie Kehoe, didapati bersalah di Arkansas pada 1999 atas pembunuhan pedagang senjata api William Mueller; isterinya, Nancy dan anak pasangan itu, Sarah, 8.

Berdasarkan pihak pendakwaan, pasangan berkenaan Mueller bagi mendapatkan wang tunai dan senjata api bagi membiayai gerakan pelampau kulit putih, Aryan Peoples Republic.

"Selepas merompak, mereka menembak individu itu dengan stun gun (pistol pegun), membalut kepala mangsa menggunakan pita pelekat, meletakkan batu sebelum melemaskan ketiga-tiganya," kata Peguam Negara William Barr.

Hukuman mati kembali dikuatkuasakan pada peringkat persekutuan pada 1998, tetapi hanya digunakan tiga kali sebelum kes Lee.

Kali terakhir, banduan menjalani hukuman mati adalah pada 2003.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Julai 2020 @ 10:51 AM