SEKAR mencipta rekod baharu dalam Guinness World Records.
SEKAR mencipta rekod baharu dalam Guinness World Records.
Agensi

New Delhi: Seorang lelaki di India melakar rekod baharu Guinness World Records apabila menyelesaikan kiub rubik paling banyak di dalam air dengan sekali nafas.

Illayaram Sekar, 25, menyelesaikan enam kiub rubik itu dalam tempoh hanya dua minit 17 saat.

Hindustan Times melaporkan ia, sekali gus memadamkan rekod terdahulu iaitu lima kiub rubik.

"Selepas enam tahun menanti, akhirnya saya memecahkan rekod terdahulu.

"Saya menjadi individu pertama cuba memecahkan rekod itu di Asia," katanya yang kini bertugas sebagai guru sekolah di Chennai.

Sekar berharap kejayaannya itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain terutama anak muridnya.

"Pandemik datang dan pergi, tetapi kita perlu ada pemikiran serta semangat tinggi dalam menempuhi cabaran dalam hidup.

"Saya sendiri mahu memberi inspirasi kepada murid saya untuk melakukan lebih baik daripada ini," katanya.

Rekod sebelum ini dipegang pemain kiub dari Amerika Syarikat (AS), Anthony Brooks.

Brooks berasal dari New Jersey mencipta rekod itu pada 1 Ogos 2014 selepas menyelesaikan cabaran lima kiub di dalam air dengan sekali nafas saja.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Ogos 2020 @ 5:59 AM