BUDAK perempuan melambai ketika ditemui pasukan penyelamat.
BUDAK perempuan melambai ketika ditemui pasukan penyelamat.
Agensi

Beirut: Umpama diberi nyawa kedua, seorang kanak-kanak perempuan ditemui terselamat selepas terperangkap 24 jam di bawah runtuhan bangunan di sini.

Ia susulan letupan yang menggegarkan ibu negara Lubnan itu pada Selasa lalu.

Memetik portal Metro UK, rakaman video menunjukkan detik kanak-kanak itu diselamatkan pasukan penyelamat yang menemui mangsa yang terperangkap antara batu besar di celah runtuhan bangunan.

Melalui suluhan lampu, kepala kanak-kanak itu dapat dilihat di bawah runtuhan terbabit.

Kanak-kanak itu dilihat menangis dengan melambai-lambai tangannya ketika pasukan penyelamat berusaha memindahkan batu besar berkenaan bagi menyelamatkannya.

Agensi berita tempatan melaporkan, kanak-kanak itu terperangkap selama 24 jam sebelum diselamatkan pada petang Rabu.

Sehari sebelum itu, seorang lelaki yang cedera juga dikeluarkan dari runtuhan selepas 10 jam terperangkap.

Detik lelaki itu berjaya diselamatkan dan dibawa menggunakan pengusung, dirakam dalam sebuah video yang menyaksikan orang ramai bersorak 'Issam masih hidup'.

Setakat ini, kejadian menyebabkan 157 orang maut dan lebih 5,000 cedera manakala puluhan lagi masih hilang.

Tragedi itu turut menyebabkan lebih 300,000 penduduk dilaporkan kehilangan tempat tinggal.

Letupan dahsyat itu dipercayai berpunca daripada ammonium nitrat yang disimpan di gudang di pelabuhan berkenaan.

Ia dikatakan barangan rampasan dan dipercayai sudah disimpan di situ selama enam tahun.

caption:

7hmgirl:

BUDAK perempuan melambai ketika ditemui pasukan penyelamat. FOTO Agensi

Tamat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Ogos 2020 @ 6:15 AM