PENUMPANG Eurostar memakai pelitup muka sebaik tiba dari Paris di stesen St Pancras International, London. FOTO AFP
PENUMPANG Eurostar memakai pelitup muka sebaik tiba dari Paris di stesen St Pancras International, London. FOTO AFP
AFP

LONDON: Ribuan pelancong dari United Kingdom (UK) bertindak pulang ke rumah masing-masing berikutan negara Eropah melakukan sekatan terhadap ketibaan orang ramai kerana berlaku peningkatan virus Covid-19.

Perancis dan Belanda antara negara yang dikecualikan kuarantin, menyebabkan warga Britain berebut membeli tiket pesawat, kereta api dan feri dengan harapan dapat pulang sebelum jam 4 pagi hari ini, sebelum dikenakan tempoh kuarantin 14 hari.

Pasangan pelancong dari Britain berkata, mereka menghabiskan kira-kira 1,105 euros (RM5,487) untuk pulang ke rumah dengan menaiki Eurostar dari Perancis.

"Saya tidur malam tadi memikirkan bahawa semuanya akan baik-baik saja. Bangun pada jam 7 pagi untuk memastikan kami pulang tepat waktunya," kata Stuart Buntine kepada agensi berita PA.

Sepanyol pula akan menutup semua kelab malam dan larangan merokok di jalanan di mana orang ramai tidak boleh menjarakkan diri selepas negara itu melaporkan kira-kira 3,000 kes jangkitan dalam tempoh 24 jam lalu.

Sekatan yang sama turut dikenakan di Jerman, kecuali Pulau Canary di mana pelancong mesti menunjukkan ujian negatif Covid-19 atau kuarantin selama 14 hari, manakala Austria menggesa rakyatnya pulang dari Croatia sebelum peraturan dikuatkuasakan dan Serbia mewajibkan ujian kepada pelancong dari negara jiran.

Ribuan orang di Albania beratur sejauh 20 kilometer di dalam kereta selama lebih tiga hari di sempadan Greece dengan harapan dapat melintasi dan kembali bekerja sebelum syarat kemasukan yang lebih ketat.

Sementara itu, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat (AS) berkata, pihaknya melanjutkan tempoh larangan perjalanan tidak penting melalui sempadan antara Kanada dan Mexico sepanjang bulan September untuk menyekat penyebaran virus itu.

Pelancong dari UK pula berdepan dengan pilihan sukar memandangkan Paris kini mengumumkan langkah timbal balik biarpun belum jelas bila ia akan dilaksanakan, manakala Belanda pula tidak akan melakukan perjalanan ke Britain, tetapi tidak akan melaksanakan kuarantin untuk pelancong yang tiba.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Ogos 2020 @ 10:06 PM