ADE FIRMAN HAKIM. FOTO Instagram
ADE FIRMAN HAKIM. FOTO Instagram
Agensi

Jakarta: Pelakon Indonesia, Ade Firman Hakim, 32, meninggal dunia akibat Covid-19 pada Isnin.

Portal Kompas melaporkan aktor itu meninggal dunia di sini, pada 5.20 petang.

Berita kematiannya disahkan oleh adik Ade Firman, Dai Tirta.

Jenazahnya selamat dikebumikan dengan mengikut protokol pengebumian mangsa Covid-19 di Tanah Perkuburan Tegal Alur, pada malam Isnin.

Menurut Dai Tirta, abangnya itu disahkan positif Covid-19.

Menurutnya, dia juga sedang menunggu keputusan sama ada dijangkiti virus itu.

Sebelum ini, Ade Firman dimasukkan ke Hospital Besar Tarakan, selepas sakit pada minggu lalu.

Beliau mula menempa populariti selepas melakonkan watak menteri kabinet Indonesia, Chaerul Saleh dalam filem Soekarno: Indonesia Merdeka, pada 2013.

Beliau berlakon dalam filem Guru Bangsa: Tjokroaminoto, pada 2015.

Antara filem lain dilakonkannya termasuk Ratu Ilmu Hitam, Sabyan Menjemput Mimpi dan #Malam Jumat: The Movie.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 September 2020 @ 12:22 PM