AKSI Stepan ketika sesi fotografi. FOTO Instagram Mila Zhdanova
AKSI Stepan ketika sesi fotografi. FOTO Instagram Mila Zhdanova
Agensi

Moscow: Kebiasaan orang ramai melihat model lelaki tampan digandingkan dengan wanita dalam sesi penggambaran fesyen.

Namun lain pula di Rusia apabila seekor beruang jantan dengan berat 318 kilogram kini menjadi model terkenal di negara itu.

Beruang berusia 28 tahun diberi nama Stepan dan mampu mencapai ketinggian dua meter ketika berdiri dan kerap 'bekerjasama' dengan media antarabangsa, apabila ditampilkan sebagai model.

Moscow Times melaporkan jurugambar Stepan, Mila Zhdanova mengakui beruang itu sudah 'bekerja' dengan ramai model dari Thailand, Australia, Jerman, Britain dan Israel.

AKSI Stepan ketika sesi fotografi. FOTO Instagram Mila Zhdanova
AKSI Stepan ketika sesi fotografi. FOTO Instagram Mila Zhdanova

"Semuanya terbang (ke Rusia) supaya dapat bekerja dengannya (Stepan)," kata Mila.

Stepan yang lahir di Zoo St Petersburg ditinggalkan ibunya sebelum diambil sebagai anak angkat oleh suami isteri, Svetlana dan Yuri Pantileenko.

Mila Zhdanova, 40, adalah rakan pasangan itu yang membesarkan Stepan sejak usianya tiga bulan.

Stepan yang dibesarkan suami isteri itu sejak kecil sudah biasa berdepan manusia.

Ia menyebabkan Mila menggandingkan Stepan sebagai model utama bersama wanita memakai pakaian tradisional Rusia.

AKSI Stepan ketika sesi fotografi. FOTO Instagram Mila Zhdanova
AKSI Stepan ketika sesi fotografi. FOTO Instagram Mila Zhdanova

Mila berkata, pelbagai gambar yang diambilnya bagi mengikis streotaip Rusia adalah negara beruang dan orangnya tidak suka senyum.

"Kami (Rusia) memang mempunyai banyak beruang tetapi saya ingin menunjukkan dalam foto kami juga suka tersenyum," katanya.

Mila sering memaparkan Stepan dalam sesi penggambaran yang mengambil inspirasi daripada filem dongeng Disney.

AKSI Stepan ketika sesi fotografi. FOTO Instagram Mila Zhdanova
AKSI Stepan ketika sesi fotografi. FOTO Instagram Mila Zhdanova

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Oktober 2020 @ 5:59 AM