TIFFANY (kiri) ketika di bangku sekolah dan kanan pada usia sekarang. FOTO AGENSI
TIFFANY (kiri) ketika di bangku sekolah dan kanan pada usia sekarang. FOTO AGENSI
Agensi

Columbus: Seorang wanita di Ohio, Amerika Syarikat menderita penyakit pelik apabila tua lapan kali lebih cepat daripada usia sebenarnya.

Tiffany Wedekind penghidap penyakit progeria, satu masalah kesihatan menjadikan seseorang kelihatan jauh lebih tua daripada usia sebenar.

Lazimnya, penyakit itu membunuh penghidapnya pada usia 15 tahun namun Tiffany, 43, bernasib baik kerana masih hidup hampir tiga kali daripada tempoh itu

Ia meskipun dia mengalami kedutan pramatang, keguguran rambut dan kerosakan gigi.

Doktor mendakwa, kelangsungan hidup Tiffany menjadikannya dirinya sebagai 'anomali perubatan' iaitu istilah perubatan bagi menggambarkan keadaan yang luar biasa.

Bagi melawan masalah ini, dia mengamalkan yoga bagi membantunya meneruskan kehidupan.

Tiffany yang sudah berpisah dengan suaminya dan memiliki perniagaan sendiri berkata, dia rasa bertuah kerana masih hidup dan melakukan yang terbaik untuk kekal sihat.

TIFFANY bersama abangnya, Chad (kiri) yang maut akibat penyakit sama lapan tahun lalu. FOTO AGENSI
TIFFANY bersama abangnya, Chad (kiri) yang maut akibat penyakit sama lapan tahun lalu. FOTO AGENSI

"Saya bersyukur masih hidup dan saya buat segala-galanya yang termampu untuk peluang terbaik untuk diri saya.

"Usia saya 'meningkat' dengan cepat daripada orang lain dan jujurnya saya tidak tahu kenapa saya boleh hidup lebih lama berbanding orang lain yang menghidap progeria.

"Saya melihat macam mana abang saya menderita penyakit ini dan dia berubah dengan begitu cepat, jadi saya mahu hidup dengan pemikiran yang positif," katanya kepada Metro.co.uk.

Tiffany didiagnos penyakit itu pada usianya lewat 20-an bersama abangnya, Chad dan mereka mewarisi penyakit itu daripada ibu mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Oktober 2020 @ 6:01 AM