RIN dengan gaya rambut yang tak dipotong selama 15 tahun. FOTO AGENSI
RIN dengan gaya rambut yang tak dipotong selama 15 tahun. FOTO AGENSI
Agensi

Tokyo: Seorang wanita digelar Rapunzel Jepun selepas tidak memotong rambutnya sejak 15 tahun lalu.

Rin Kambe, 35, dari Tokyo memiliki rambut sepanjang 1.8 meter sedangkan ketika zaman kanak-kanaknya, dia tidak berpeluang berambut panjang.

Rutin aktif dalam pasukan bola sepak di sekolahnya membuatkan Rin berambut pendek sebelum dia memutuskan untuk menyimpan rambutnya dengan caranya tersendiri.

Walaupun ada kalanya sukar membuat kerja kerana rambutnya yang menyamai ketinggiannya, namun penari dan model Jepun itu berkata, dia menyukai rambut panjangnya itu yang disifatkannya sebagai kecantikan orang Asia.

Katanya, ramai orang musykil dan bertanya mengenai keaslian rambutnya itu.

"Saya terima banyak reaksi mengenai rambut saya. Ada lelaki di dunia yang menghargainya dan ada juga yang menganggapnya macam raksasa.

"Saya tidak berkecil hati dan bersedia menerima pendapat dan kritikan kerana setiap orang mempunyai pandangan masing-masing.

"Saya gembira orang berminat dengan saya kerana mengubah rambut ini menjadi kekuatan yang bersinar dengan cara sendiri," katanya seperti dipetik dalam portal Oddity Central.

Selain Rin, Alena Kravchenko, turut digelar Rapunzel Ukraine selepas tidak memotong rambutnya sejak 30 tahun lalu.

Turut mendapat julukan Rapunzel ialah, Trinh Thi Nghi en yang memiliki rambut sepanjang tiga meter serta Frank ie Cluney yang tidak pernah membasuh rambutnya sepanjang 1.8 meter.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 November 2020 @ 6:01 AM