KEADAAN kabin dalam hotel. FOTO AFP
KEADAAN kabin dalam hotel. FOTO AFP
Agensi

Tokyo: Umpama berada dalam kabin pesawat penerbangan. Itu pengalaman unik ditawarkan sebuah hotel di Jepun untuk pelanggan yang mahukan kelainan.

Memetik portal Gulf News, penginapan ala kabin pesawat pertama di Tokyo itu menawarkan pengalaman penginapan dalam kabin dengan pilihan kelas pertama, perniagaan dan ekonomi premium pada harga menarik.

Setiap kabin di Hotel First Cabin Atagoyama itu dilengkapi katil dan meja kecil, serta televisyen.

Malah, hotel terbabit turut menyediakan bilik bekerja di samping ruangan menunggu.

SETIAP  kabin dilengkapi katil dan meja kecil serta televisyen. FOTO AFP
SETIAP kabin dilengkapi katil dan meja kecil serta televisyen. FOTO AFP

Ia juga dilengkapi kemudahan jaringan tanpa wayar (wifi) dan soket penyambung elektrik untuk keselesaan pelanggan.

Selain itu, ruangan istirahat dilengkapi dengan kemudahan seperti sabun muka, losyen dan alat pendandan rambut wanita.

Hotel terbabit turut menggunakan perlindungan antibakteria untuk mencegah jangkitan dalam kabin sebagai langkah pencegahan terhadap jangkitan Covid-19.

Malah, meja antibakteria turut diletakkan di ruang menunggu hotel selain papan akrilik dipasang sebagai penghadang di bahagian pendaftaran.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Disember 2020 @ 6:01 AM