PEKERJA melakukan kerja ekskavasi di Saqqara. FOTO AFP
PEKERJA melakukan kerja ekskavasi di Saqqara. FOTO AFP
Agensi

Kaherah: Mesir mengumumkan penemuan tinggalan sejarah termasuk keranda kuno berusia 3,000 tahun di kawasan arkeologi Saqqara.

Penemuan itu disifatkan ahli arkeologi Mesir, Zahi Hawass, sebagai menulis semula sejarah negara itu.

Saqqara adalah ibu kota Mesir Kuno, Memphis sebuah tapak warisan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO)

yang menempatkan banyak piramid, biara kuno dan kubur haiwan.

AFP melaporkan, lokasi itu ditemui pasukan yang diketuai Hawass Ahad lalu berhampiran piramid Raja Teti, iaitu firaun pertama Dinasti Keenam kerajaan lama Mesir.

Lebih daripada 50 keranda kuno berasal dari kerajaan baru dijumpai di sebuah kawasan perkuburan.

"Penemuan ini menulis semula sejarah khususnya kerajaan baru yang bermula 3,000 tahun lalu," kata Hawass.

Menurutnya, pasukan itu menemui sejumlah 22 tiang, termasuk satu yang mengandungi "askar, dengan kapak pertempuran berada di sebelahnya".

Sebuah keranda kuno batu juga dijumpai, selain papirus, sejenis tekstil yang digunakan untuk menulis sepanjang lima meter mengandungi bab ke-17 buku orang mati yang menyatakan topeng, perahu kayu, permainan yang biasa dimainkan orang Mesir kuno.

"Ini adalah penemuan yang jarang dan baru kerana kebanyakan artifak yang kami temui berasal dari Kerajaan Baru, sedangkan di Saqqara, biasanya lebih kurang 500 tahun sebelum Masihi," katanya.

Sejumlah objek dipamerkan kepada media pada hari Ahad, sementara penggalian di tapak berkenaan sedang giat dijalankan.

Ahli arkeologi berada di kawasan penemuan tinggalan sejarah Mesir kuno di Saqqara

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 January 2021 @ 10:48 AM