DAHOUK Idriss menunjukkan passport miliknya ketika ditemubual di rumahnya di Damsyik.
DAHOUK Idriss menunjukkan passport miliknya ketika ditemubual di rumahnya di Damsyik.
Agensi

Damsyik: Pelantikan Joe Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baharu bukan sahaja bermakna kepada rakyat negara itu, bahkan penduduk negara Islam.

Mereka menantikan saat kembali menjejaki negara berkenaan seperti Dahouk Idriss, 60-an, dari Syria yang mahu ke sana bertemu anak lelakinya.

Wanita itu memberitahu dia berpisah dengan anaknya selama empat tahun selepas presiden Donald Trump menyekat kemasukan penduduk negara Islam ke seluruh AS.

"Saya menghitung hari sejak memperoleh visa untuk ke sana," katanya seperti dilapor Gulf News.

Pesara guru kimia itu berkata, sebelum itu dia dua kali melawat anak berusia 36 tahun yang melanjutkan pengajian di Washington bermula 2011 selepas meletusnya perang Syria.

"Lawatan pertama ketika 2015 dan kali terakhir saya melawatnya pada penghujung 2016," katanya.

Pada 2017, Trump memasuki Rumah Putih dan menyekat pelawat dari Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman, hingga mencetuskan kemarahan.

antarabangsa dan membawa kepada tentangan menerusi keputusan mahkamah negeri.

Iraq dan Sudan kemudian digugurkan daripada senarai, namun pada 2018, Mahkamah Tinggi mengeluarkan senarai terkini yang menyekat pelawat dari Iran, Libya, Somalia, Syria dan Yaman selain Korea Utara dan Venezuela.

Perasaan sama turut dikongsi Lamees Jadeed, 79 yang berharap Biden akan menepati janjinya mengiktiraf pelawat negara Islam.

"Saya mungkin lebih kurang sabar daripada Biden sendiri," katanya mahu bertemu anak perempuan, Nawwar, 38, yang melanjutkan pengajian di AS dengan biasiswa sejak 2015.

Jadeed berkata, dia pernah memohon visa di Kedutaan AS di Lubnan pada 2018, namun dinafikan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 January 2021 @ 6:45 AM