EFE

Melilla (Sepanyol): Polis Sepanyol menemui 41 pendatang asing tanpa izin (pati) yang cuba menyeludup masuk ke Eropah, Jumaat lalu termasuk lelaki di dalam beg plastik penuh dengan abu beracun.

Anggota polis pada awalnya mengesan 35 pendatang di pelabuhan di Melilla iaitu bandar autonomi Sepanyol di Afrika Utara.

Namun, pemeriksaan kedua yang lebih teliti mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya empat orang cuba menyeludup masuk ke Sepanyol dengan bersembunyi di dalam kontena berisi botol kaca yang akan dikitar semula.

Seorang lagi Pati juga dikesan di dalam beg abu pembakar dan kelihatan tidak sedar diri sebelum anggota polis menariknya keluar.

Sehingga kini, polis Sepanyol menemui lebih 1,780 Pati cuba ke Eropah melalui pelabuhan di Melilla tahun ini.

ANGGOTA polis menemui pendatang asing tanpa izin di Melilla. FOTO AFP
ANGGOTA polis menemui pendatang asing tanpa izin di Melilla. FOTO AFP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Februari 2021 @ 4:48 PM