BEBERAPA selebriti teruja tampil rekaan gabung elemen feminin, berani.
BEBERAPA selebriti teruja tampil rekaan gabung elemen feminin, berani.
Yusliza Yakimir Abd Talib


Lanjutan daripada Kempen Cahaya Raya bersama Shopee, selebriti Anzalna Nasir dan Mira Filzah menampilkan koleksi raya eksklusif menerusi platform e-dagang itu.

Anzalna Nasir, duta Produk Koleksi Raya 2017 YouMe&Hunny membariskan 12 rekaan istimewa yang menggabungkan elemen feminin dan berani.

Menurutnya, pada masa kini, elemen e-dagang adalah penting bagi mana-mana jenama fesyen dan berbangga koleksi jenama itu yang dijual di Shopee membolehkannya memasarkan koleksi berkenaan kepada lebih 3 juta pengguna.

Selain itu, katanya Shopee tidak mengenakan sebarang caj komisyen, sekali gus dapat memberikan nilai penjimatan terbaik untuk peminatnya untuk koleksi itu.

Pelakon, Mira Filzah yang juga usahawan di sebalik jenama MF Shawls turut gembira untuk melancarkan koleksi Raya yang dinantikan di platform e-dagang berkenaan.

“Semasa saya merancang untuk melancarkan koleksi Raya ini, saya ingin bekerjasama dengan platform e-dagang yang boleh memberikan nilai tambah kepada peminat.

“Peminat jenama saya boleh menikmati tawaran penghantaran percuma seluruh negara untuk produk yang dibeli dari kedai rasmi saya,” katanya.

Tambahan pula katanya, pendekatan Shopee dalam mengembangkan jenama Muslimah merentas rantau ini amat menggalakkan dan dia teruja dapat menyertai inisiatif berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Jun 2017 @ 3:56 AM