SEBAHAGIAN peserta dalam acara larian tahun lalu.
HM Digital

Kulit bawah lengan adalah bahagian yang sensitif dan mencabut bulu pada bahagian itu akan menyebabkan bulu tumbuh ke dalam kulit serta menyebabkan pori bertambah besar.

Kaedah alternatif juga tidak sempurna, apabila anda mencukur bulu, tekanan bilah pada kulit yang tidak rata pula akan mengakibatkan luka kecil.

Pembuangan bulu bawah lengan boleh merosakkan kulit dan sering menjadi punca kerengsaan, oleh itu Nivea memperkenalkan Nivea Protect & Care, deodoran yang diperkayakan dengan esen Nivea cremet.

Deodoran ini dirumus bagi memberikan perlindungan yang berpanjangan sehingga 48 jam sekali gus membolehkan seseorang wanita berasa segar sepanjang hari. Bahkan formula inovatifnya yang lembut juga menyuburkan dan memberikan bawah lengan yang lembut dan licin.

Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia & Singapura Ng Hock Guan berkata, pihaknya percaya penjagaan kulit dapat melindungi dan menjaga kulit pada seluruh badan termasuk bahagian bawah lengan.

Katanya, dalam kehidupan seharian yang sibuk, ramai sering mengabaikan perkara kecil seperti kerosakan kulit disebabkan oleh mencukur dan mencabut bulu bawah lengan.

“Bahagian bawah lengan kita memerlukan penjagaan yang lebih teliti, oleh itu deodoran ini menawarkan perlindungan dan penjagaan yang terdapat dalam semua produk Nivea, bagi memenuhi keperluan pada kulit bawah lengan,” katanya.

Selari dengan nilai penjagaan teras Nivea, deodoran Protect & Care akan menganjurkan Nivea Care Run pada 29 Oktober ini membabitkan acara larian sejauh lima kilometer yang bakal berlangsung di Presint 6, Putrajaya.

Program itu turut menampilkan aktiviti berbentuk pendidikan untuk meningkatkan kesedaran tentang penjagaan kulit bawah lengan selain pek hadiah eksklusif Nivea Protect & Care yang terdapat dalam kit larian membolehkan para peserta berkongsi cara penjagaan kulit bawah lengan. Peserta turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dalam cabutan bertuah yang akan diadakan pada hari sama.

Selain itu, sebahagian daripada yuran penyertaan yang diperoleh melalui acara larian ini akan didermakan kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG), sebuah badan amal yang mengutip dan mengagihkan dana untuk rakyat Malaysia yang memerlukan.

Dengan sasaran untuk mencapai 3,000 peserta, setiap peserta larian secara tidak langsung akan memberi sumbangan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan dari segi pendidikan dan kesihatan.

Pendaftaran boleh dibuat menerusi laman web www.niveacarerun.com.my. Yuran penyertaan sebanyak RM65 seorang dan setiap peserta akan menerima kit larian dan barangan Nivea bernilai lebih RM100.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 September 2017 @ 10:56 AM