Hamizah Badiran

STATIK badan ialah sistem elektrik pada tubuh manusia merujuk kepada pergerakan zarah yang bercas dalam sistem saraf apabila rangsangan diberikan.

Contohnya, anda seperti terkena renjatan elektrik ringan ketika tersentuh lengan rakan dan dia turut merasai kejutan itu apabila anda menyentuhnya.

Tubuh manusia adalah konduktor elektrik dan boleh menjana tenaga elektrik namun pada jumlah voltan yang kecil.

Tenaga elektrik yang terhasil disebut elektrik statik kerana ia tidak mampu mencetuskan renjatan besar seperti barangan elektrik.

Justeru, apabila seorang manusia menyentuh manusia lain, manusia yang mempunyai banyak cas negatif akan melantunkan cas negatifnya, sekali gus mencetuskan renjatan kecil kepada manusia yang mempunyai cas pada bilangan normal atau kurang negatif.

Begitu juga jika manusia yang mengumpul banyak cas negatif itu menyentuh objek bukan elektrik yang neutral atau positif seperti besi, dia juga boleh mendapat renjatan elektrik.

Malah, penggunaan alat elektronik seperti telefon pintar, komputer riba dan tablet pada setiap hari juga akan menyebabkan cas elektrik statik yang terkumpul dipindahkan ke badan melalui aruhan elektrostatik seterusnya menghasilkan statik badan.

Justeru, apa kesan negatif statik badan berlebihan ini dalam kehidupan manusia?

Gangguan disebabkan oleh elektron yang berlebihan dalam badan ini akan menyebabkan ketegangan dan tekanan yang mungkin mengakibatkan kesukaran untuk tidur.

Elektron berlebihan itu tidak akan dilepaskan dengan mudah memandangkan badan kita mampu menampung voltan tinggi sehingga 30,000 volt.

Sekiranya kita tidur dengan keadaan tegang dan badan bercas tinggi, ia akan menghalang diri daripada mendapat tidur yang nyenyak sedangkan ia amat penting untuk kesihatan.

Statik badan memberi beberapa kesan sampingan lain seperti memperlahankan kitaran metabolisma, melemahkan sel-sel badan, menjejaskan sistem imun dan mempercepatkan proses penuaan.

Menyedari kepentingan mendapatkan rehat melalui tidur yang lena, jenama pengeluar tilam terunggul, Goodnite International Sdn Bhd (Goodnite) percaya hidup sihat bermula dengan tidur berkualiti.

Goodnite komited untuk mencapai objektif ini menerusi siri produk terbarunya, Love Series yang menawarkan reka bentuk elegan dan praktikal kepada pengguna.

Menggunakan gabungan teknologi anti-statik yang menggunakan tenunan kain serat karbon bagi pembuatan fabrik StatFree® tilamnya, ia meneutralkan cas negatif badan dan memastikan tidur berkualiti serta mempunyai fungsi anti habuk dan hama.

Kain belacu tilam Goodnite Statfree® Series dihasilkan dengan menggabungkan serat semula jadi dan sintetik serta mengandungi benang serat karbon yang ultra halus demi menarik elektrik statik terkumpul pada badan untuk membebaskannya ke udara pada voltan rendah.

Tilam anti-statik ini akan membantu badan menyahcas elektrik statik pada voltan serendah 4,000 volt.

Ini bermakna, ketegangan akan mengalir keluar daripada badan ketika anda baring di katil untuk mendapatkan rehat yang diperlukan.

Menerusi produk Love Series, ia menawarkan beberapa pilihan berbeza iaitu 'Forever Love' dan 'Eternal Love' dengan rekaan poket spring lima zon yang direka mengikut bentuk badan pengguna di samping 'True Love' sistem spring perlindungan tulang belakang iaitu gelung berganda (DPC)® yang dipatenkan untuk tilam Goodnite dan penyelidikan terkini iaitu kain organik kelapa sawit.

Produk terbabit juga menggunakan teknologi Statfree® yang menggunakan tenunan kain serat karbon bagi pembuatan fabrik tilam di mana ia meneutralkan cas negatif badan dan memastikan pengguna memperoleh tidur lebih berkualiti.

Selain itu, tilam StatFree® turut membantu pengguna mengurangkan waktu tidur sehingga 20 minit tetapi bangun dalam keadaan lebih segar.

Sementara itu, kini Goodnite sedang mengadakan Peraduan Beli dan Menang di mana menerusi pembelian tilam Love Series saiz 5' dan 6' atau tilam-tilam terpilih, pelanggan berpeluang memenangi hadiah utama, kereta Honda HR-V. Hadiah-hadiah yang ditawarkan bernilai RM200,000 untuk dimenangi.

Langkah-langkah untuk menyertai peraduan Goodnite

1: Isikan butiran di kupon yang terdapat dalam tilam.

2: Ambil gambar kupon dan resit pembelian.

3: Hantar gambar berkenaan ke Messenger Facebook Goodnite Malaysia.

Tempoh Peraduan: 1 Julai - 31 Disember 2018

Beli tilam saiz Queen & King daripada Goodnite Love Series (Forever Love, Eternal Love, True Love) atau tilam yang terpilih.

Hadiah Utama: Honda HR-V

Hadiah Kedua: Perodua Bezza

Hadiah Ketiga: iPhone X

Hadiah Saguhati: Wang Tunai RM500 x 50

Pelanggan boleh mengunjungi kedai perabot yang sah atau laman web Goodnite untuk membeli tilam Goodnite Love Series serta menyertai peraduan ini. Peraduan akan berakhir pada 31 Disember 2018 dan keputusan bakal diumumkan pada awal 2019.

Untuk maklumat lanjut layari http://goodnite.com.my/buy-win atau ke Facebook Goodnite Malaysia di https://www.facebook.com/MyGoodnite/ dan hubungi talian hotline 03-32502218.

Kunjungi juga 'factory outlet' terbaru Goodnite yang terletak di 25, Jalan Besar, Kampung Baru Seri Kembangan, Seri Kembangan, Selangor.

Beroperasi dari 11 pagi hingga 8 malam, 'factory outlet' ini menjual produk terbaik Goodnite terdiri daripada tilam, bingkai katil, sofa, set meja makan dan aksesori perabot lain. Hubungi 03-8949 9976 untuk maklumat lanjut berkaitannya.

Dibawa oleh Goodnite

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Ogos 2018 @ 7:53 PM