1. SEDIAKAN bahan.
Yusliza Yakimir Abd Talib


FAKTOR seperti gaya hidup, alam sekitar dan tekanan mempengaruhi kehidupan selain perubahan hormon yang memburukkan lagi keadaan kulit.

Kulit mengalami perubahan secara semula jadi apabila menjengah usia remaja dan berterusan sehingga memasuki usia matang, pelbagai masalah timbul jika ia tidak dijaga dengan baik.

Ini termasuk masalah pori terbuka. Setiap orang mempunyai lebih 300,000 liang pori pada wajah dan apabila usia menjengah 25 hingga 50 tahun, saiznya menjadi dua kali ganda lebih besar.

Selain berlaku secara semula jadi, faktor alam sekitar juga memainkan peranan penting kepada perubahan keadaan liang pori.

Misalnya, keadaan cuaca yang panas dan pencemaran alam sekitar boleh mencetuskan keradangan yang menyebabkan liang pori menjadi regang.

Selain itu, ia juga boleh menyebabkan kulit mudah rosak, melemahkan struktur liang roma dan menyumbang kepada saiz yang lebih besar ditambah dengan tekanan dialami setiap hari.

Kulit mengendur berpunca daripada alam sekitar juga boleh menyebabkan liang pori terbuka membuatkan regangan jelas kelihatan pada wajah.

Pori terbuka juga berlaku kepada mereka yang mempunyai rona kulit tidak sekata dan berkilat. Bagi mengelakkan ia berlaku, penggunaan produk penjagaan wajah yang sesuai diperlukan untuk membantu mengurangkan masalah berkenaan bertambah serius.

Masalah kekeringan juga boleh menjadi penyumbang kepada punca liang pori terbuka. Proses kekeringan boleh merosakkan sel kulit yang akan meningkatkan jurang antara sel dan akhirnya liang pori tampak lebih besar.

Selain menggunakan produk kecantikan yang sesuai bagi membantu menyelesaikan masalah pori terbuka yang merosakkan penampilan wajah, apa kata anda mulakan rutin penjagaan wajah menggunakan bahan alami.

Ia bukan saja selamat dan berkesan, malah lebih jimat kerana kebanyakan bahan yang digunakan mudah didapati dan boleh didapati dari dapur anda saja.

Antara bahan dipercayai membantu mengecilkan liang pori adalah penggunaan buah pisang. Anda boleh menggunakan pisang sebagai pupur muka buatan sendiri yang melembapkan kulit dan menjadikan ia kelihatan lebih lembut.

Tambahan yogurt dan madu juga dikatakan

dapat membantu mengecilkan liang pori terbuka di samping khasiat tambahan seperti menyegarkan wajah, menghalus dan melembapkan kulit.

Berikut petua dari dapur yang boleh dimasukkan ke dalam rutin penjagaan wajah boleh dilakukan seminggu sekali di rumah sebelum tidur tanpa kos besar.

Bahan

• 2 biji pisang saiz sederhana

• 2 sudu besar yogurt asli

• 1 sudu kecil madu

SYAZWAN bawa watak Firdaus, orang kurang siuman yang suka mengemas surau.

Tip pemakaian pupur yang betul:

• Bersihkan wajah dengan pencuci muka terlebih dulu sebelum memakai pupur

• Elakkan pergerakan muka semasa pupur berada di wajah

• Pastikan tangan betul-betul bersih jika menyapukan pupur guna tangan

• Selepas bersihkan pupur dari muka, tak perlu mencuci muka dengan pencuci muka

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Februari 2019 @ 10:56 AM