CONTOH gambar yang diambil menggunakan pelbagai fungsi dan ciri kamera iPhone X.
CONTOH gambar yang diambil menggunakan pelbagai fungsi dan ciri kamera iPhone X.
Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my

Berdasarkan kesinambungan artikel lalu, IT@Metro menampilkan reviu kamera pada iPhone X yang boleh dikatakan agak padu.

iPhone X memiliki kamera 12 megapiksel menyamai iPhone 8 Plus namun ia boleh dikatakan iPhone paling kecil yang memiliki dua sensor kamera.

Kamera utama terbabit datang dengan apertur f1.8 tapi lensa telefoto memperoleh penambahbaikan agak ketara di samping penstabil imej yang kini optikal dengan apertur diperluas daripada f2.8 kepada f2.4.

Sungguhnya, perubahan terbabit membawa kepada penggunaan kamera pada pencahayaan kurang yang sangat baik.

Rakaman foto menggunakan kamera utama memang terbaik dengan warna vivid dan ‘dynamic range’ yang tepat.

Ia bermakna, ketika anda merakam subjek pada landskap, ia menghasilkan imej sempurna dengan julat antara warna cerah dan gelap agak seimbang.

Kamera iPhone X juga berjaya mengurangkan masalah ‘overexpose’ yang berlaku pada kebanyakan fon lain apabila terlalu ‘memalsukan’ warna ketika pasca rakaman jadi warna yang anda peroleh melalui iPhone ini lebih segar dan nampak asli seakan-akan melihatnya dengan mata kasar.

‘Noise’ pada rakaman ketika berada dalam suasana pencahayaan rendah juga berjaya dikurangkan jadi anda sukar melihat bintik-bintik halus yang kerap ada dalam gambar.

Ciri terbabit juga menjadikan mod potret lebih segar dan lebih baik berbanding pada iPhone sebelum ini.

‘Contour’ pada kamera ini yang juga terdapat pada fungsi khas iPhone X merakam dengan baik seolah anda berada sebuah filem jika berada di kawasan gelap dengan pelbagai tanda lampu pada papan tanda kedai.

Rakaman video pula boleh beroperasi 240fps pada 1080p dan 4K ketika 60fps membenarkan anda merakam filem pendek jika mahu.

Manakala kamera True Depth di depan dengan swafoto 7 megapiksel, ia juga mempunyai mod potret seperti kamera belakang yang menjadi salah satu ciri penting ketika pengumuman iPhone X cuma perlu sedikit penambahbaikan.

Kemungkinan jika ada kemas kini perisian, ia beroperasi lebih baik dan mengaburkan imej belakang yang sepatutnya.

SPESIFIKASI:

PENGELUAR: Apple

CIRI: Kamera utama dengan ciri menarik

PRO: Patut cuba mod studio atau potret

KONTRA: Harga boleh bikin sakit jantung

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 January 2018 @ 1:13 PM