BUKU 555.
Wan Nur Ameera Meor Rozman
itmetro@hmetro.com.my

Masihkah anda ingat buku 555? Dulu buku ini amat popular dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira peringkat umur, bangsa dan agama.

Dek kemunculan teknologi yang berkembang dengan pantas, buku 555 kian dilupakan. Bahkan kebanyakan daripada kita lebih selesa menggunakan aplikasi yang dimuat turun pada peranti pintar masing-masing untuk mencatatkan perkara penting.

Untuk terus mengekalkan ‘tradisi’ buku 555 ini, syarikat Data & Roses Sdn Bhd tampil membangunkan aplikasi Buku 555.

Memandangkan buku 555 lebih sinonim dengan hutang, jadi ia dicipta untuk bertindak sebagai platform mencatatkan hutang piutang anda.

Dengan aplikasi revolusi Buku 555 ini, semuanya dipermudahkan untuk merentasi pengalaman generasi kita.

Rekaannya yang ‘simple’ dengan gaya bahasa yang bersahaja akan membuatkan anda tertarik untuk menggunakan aplikasi itu.

Ciri yang mudah juga membolehkan semua peringkat umur untuk memanfaatkan aplikasi berkenaan.

Tambah dan padam hutang, susun, setkan pin keselamatan, tukar bahasa dan lihat semua hutang antara ciri yang ditawarkan.

Tidak perlu pen dan buku lagi untuk merekod hutang. Hanya muat turun aplikasi Buku 555 di Play Store.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Mac 2018 @ 11:40 AM