Penggemar e-sukan yang mahu mengasah bakat di luar negara boleh menyertai Festival Muzik Hong Kong & e-Sukan ICBC (Asia) berlangsung dari 24 hingga 26 Ogos ini Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong (HKCEC).

Festival berskala lebih besar dan tiga pertandingan e-sukan peringkat antarabangsa akan dipertandingkan termasuk ‘Return of the Legends 2018’ dan dua kejohanan baharu iaitu ‘ZOTAC CUP MASTERS CS: GO 2018 Grand Finals’ dan ‘Hong Kong PUBG World Invitational’.

Di samping kejohanan e-sukan, terdapat Zon Pengalaman yang mempamerkan produk berkaitan gajet berkaitan terkini yang menampilkan paparan permainan, pengalaman VR, percubaan permainan mudah alih dan persembahan muzik.

HKTB juga akan berkolaborasi dengan platform ‘online’ dan menyiarkan tiga pertandingan e-sukan dalam tiga bahasa.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Julai 2018 @ 1:51 PM