Bagi mengelak kerisauan pengguna ketika berada di luar negara terutama bagi jemaah haji Malaysia yang menunaikan ibadat itu bulan ini, Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) memberikan tip penggunaan data dan panggilan perayauan antarabangsa yang boleh dijadikan panduan untuk terus kekal berhubung dengan keluarga tanpa bimbang.

Langkah perlu diambil termasuk:

1. Rujuk penyedia perkhidmatan sebelum memulakan perjalanan ke luar negara untuk memastikan maklumat yang tepat mengenai caj yang akan dikenakan.

2. Buat salinan semua kenalan dan data penting dalam telefon anda sebelum meninggalkan Malaysia.

3. Elak gunakan dua kad SIM dalam satu telefon bimbit

4. Beli kad SIM antarabangsa yang dijual di Malaysia melalui ‘online’ atau di lapangan terbang. Terdapat kad sim antarabangsa yang dijual di Malaysia yang mungkin mempunyai pakej dapat memenuhi keperluan anda selain dapat mengurangkan kerumitan untuk mendaftar ketika di luar negara.

5. Atau dapatkan kad sim tempatan sebaik tiba di Arab Saudi sebagai alternatif untuk mendapatkan pilihan yang lebih murah

6. Lakukan sedikit kajian mengenai pelan yang disediakan di sana dan pilih pakej kad SIM terbaik serta sesuai dengan penggunaan anda.

7. Nyahaktifkan ‘Sambungan Automatik ke Rangkaian’

8. Tukar mod ‘Airplane’ dan gunakan WiFi

9. Gunakan aplikasi seperti WhatsApp ketika menerima panggilan semasa berada di luar negara.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Ogos 2018 @ 1:42 PM