TELEFON pintar terbaru keluaran Vivo menampilkan kekuatan kamera dan rekaan.
TELEFON pintar terbaru keluaran Vivo menampilkan kekuatan kamera dan rekaan.
Muhammad Saufi Hassan

VIVO bakal mengeluarkan telefon pintar terbarunya dikenali sebagai Vivo V15 dan V15 Pro dengan menampilkan rekaan lebih dinamik.

Telefon pintar terbaru keluaran syarikat berkenaan dikatakan peranti kelas pertengahan yang memberi penekanan kepada kamera.

Peranti itu akan menampilkan kamera swafoto periskop 32 megapiksel (MP) manakala kamera utama berkemampuan 48MP, sekali gus menghasilkan gambar lebih berkualiti.

Bagi spesifikasi fizikal telefon pintar ini, ia menggunakan skrin 6.39 inci AMOLED serta pemproses Snapdragon 657 dengan kekuatan memori 6GB.

Storan peranti ini juga berkemampuan sehingga 128GB manakala teknologi kamera pula menggabungkan piksel iaitu 48+8+5.

Bateri bagi peranti ini pula sebesar 3,700 mAh, sekali gus memberi keupayaan kepada telefon pintar jenis ini untuk kekal sepanjang hari dengan penggunaan maksimum.

VIVO V15 DAN V15 PRO

PEMPROSES : Snapdragon 657

RAM : 6GB

STORAN : 128GB

KAMERA : 48MP/32MP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Februari 2019 @ 12:58 PM