MAJLIS pelancaran Redmi Note 8 serta Note 8 Pro.
Muhammad Saufi Hassan


KAMERA pertama yang menggunakan lensa 64 megapiksel (MP). Itu kekuatan yang ditampilkan oleh peranti terbaru keluaran Xiaomi menerusi jenama Redmi iaitu Note 8 Pro.

Pada masa sama, Redmi turut melancarkan dua varian telefon pintar terbaharu mereka iaitu Redmi Note 8 dan Note 8 Pro yang dibezakan menerusi pemproses, keupayaan kamera serta pemproses.

Bagi pasaran tempatan pula, Malaysia menjadi negara pertama di rantau Asia Tenggara dan antara yang terawal menerima peranti berkenaan.

Berdasarkan kategori telefon pintar, Redmi Note 8 serta Note 8 Pro berkenaan diklasifikasikan sebagai peranti kelas pertengahan tinggi memandangkan spesifikasi yang mirip kepara peranti kelas perdana.

Menyentuh aspek spesifikasi Redmi Note 8 Pro, telefon pintar berkenaan menggunakan pemproses kelas perdana bagi MediaTek iaitu MediaTek G90T manakala bagi variasi Note 8 menggunakan Snapdragon 665 AIE.

Note 8 Pro didatangkan dengan keupayaan memori (RAM) 6GB manakala pengguna boleh memilih variasi telefon pintar ini untuk jumlah storan 64GB atau 128GB.

PENGGUNA boleh memilih variasi telefon pintar ini untuk jumlah storan 64GB atau 128GB.

Kedua-dua peranti itu menggunakan tetapan empat lensa namun bagi Redmi Note 8 Pro ia menggunakan lensa utama 64MP, 8MP sudut ultra lebar, 2MP lensa makro dan 2MP sensor kedalaman.

Kapasiti bateri yang ditawarkan pula adalah 4,500mAh dan ia mampu bertahan selama 48 jam dengan penggunaan maksimum serta ia didatangkan dengan pengecas pantas 18W.

Redmi Note 8 pula menggunakan tetapan kamera yang sama dengan Note 8 Pro iaitu empat lensa namun yang membezakan adalah keupayaan kamera berkenaan.

Kamera utama Redmi Note 8 menggunakan 48MP, 8MP lensa sudut ultra lebar, 2MP lensa makro dan 2MP sensor kedalaman.

Harga yang ditawarkan bagi Redmi Note 8 Pro untuk variasi RAM 6 serta storan 64 adalah RM1,099 dan 6GB+128GB berharga RM1,199 dan percuma pad permainan jenama Black Shark.

Bagi Redmi Note 8 untuk variasi 3GB+32GB adalah RM599 manakala variasi 4GB+128GB berharga RM899.

Untuk kedua-dua variasi berkenaan, pra tempahan dibuka bermula hari ini sehingga 11 Oktober depan dan pengguna akan menerima pelbagai barangan eksklusif termasuk harga istimewa jika melakukan tempatan di Lazada serta Shopee.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Oktober 2019 @ 6:11 PM