Skip this ad x
ORANG ramai melihat secara dekat peranti boleh lipat pertama di dunia iaitu Galaxy Fold.
Muhammad Saufi Hassan


TIDAK sampai 24 jam pra tempahan dibuka, semua unit untuk pakej pertama sudah habis dijual bagi peranti boleh boleh lipat pertama dunia iaitu Samsung Galaxy Fold.

Galaxy Fold berkenaan dibuka untuk pra tempahan bermula hari ini namun tidak sampai beberapa jam, semua unit untuk keluaran pertama sudah dimiliki oleh pengguna di negara ini.

Sebelum ini, Samsung Electronics Co Ltd baru-baru ini mengumumkan pelancaran secara komersial peranti berkenaan selepas tertangguh selama beberapa bulan untuk memberi laluan proses pengukuhan peranti berkenaan.

Galaxy Fold direka khusus untuk memberikan pengalaman yang sangat berbeza kepada pengguna dan ia juga sangat sesuai untuk kepelbagaian tugas sama ada menutupnya dan menggunakan sebelah tangan seperti telefon pintar biasa atau membukanya umpama sebuah tablet dengan keluasan paparan 7.3 inci Infinity Flex.

Sejak beberapa bulan lalu, Samsung sudah menaik taraf Galaxy Fold supaya peranti itu bukan saja tahan lasak, tetapi memberikan pengalaman yang cukup unik bagi pemiliknya.

Tanda harga bagi peranti berkenaan adalah RM8,388 untuk dua warna iaitu Cosmos Black dan Space Silver.

Pada masa sama, Samsung menerusi satu kenyataannya memaklumkan bahawa syarikat itu berterima kasih kepada sokongan yang diberikan oleh pengguna di negara ini dan menyifatkan kempen pra tempahan untuk Galaxy Fold sangat berjaya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Oktober 2019 @ 10:57 PM