KADAR diskaun Epic Games Store akan tamat 2 Disember.
Muhammad Saufi Hassan


PEMINAT beberapa judul permainan antaranya Red Dead Redemption 2 (RDR 2), Borderlands 3 dan Tom Clancy’s Ghost Recon: Breakpoint (TCGR: Breakpoint) boleh memanfaatkan diskaun sempena ‘Black Friday’ menerusi platfrom Epic Games Store.

Platform Epic Games yang khusus untuk pemain desktop menawarkan kadar diskaun sehingga 75 peratus untuk lima permainan bertaraf AAA dan ia boleh terus dimuat turun menerusi penjualan maya miliknya.

Kadar diskaun berkenaan akan tamat pada 2 Disember depan dan peminat beberapa judul permainan boleh membeli permainan kesukaan mereka dengan harga yang lebih rendah.

Judul RDR 2 ditawarkan pada harga kira-kira RM209 berbanding harga terdahulu RM251; Outer Worlds pada harga RM188 (RM251); Borderlands 3 RM168 (RM251); Metro Exodus RM83 (RM167) dan TCGR: Breakpoint RM125 (RM251).

Selain daripada lima judul berkenaan, Epic Games turut menawarkan diskaun pada semua permainan yang menggunakan platform mereka dan pemain boleh melayari laman web Epic Games Store untuk senarai permainan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 November 2019 @ 2:39 PM