MICROSOFT sedang bekerjasama dengan 25 rakan strategik lain untuk melancarkan 50 lagi judul permainan.

Cadangan : Microsoft xCloud tawar 50 judul permainan

Muhammad Saufi Hassan

[email protected]

Microsoft memperluaskan prebiu Projek XCloud miliknya hari ini apabila menambah 50 lagi judul permainan menerusi perkhidmatan awanan mereka.

Projek xCloud adalah perkhidmatan permainan mirip Google Stadia dan menggunakan konsep penstriman umpama Netflix.

Pada bulan lalu, pembangun perisian berkenaan melancarkan perkhidmatan itu dengan lima judul permainan saja dan kini Microsoft sedang bekerjasama dengan 25 rakan strategik lain untuk melancarkan 50 lagi judul permainan.

Permainan berkenaan termasuk Madden NFL 20, Devil May Cry 5, Tekken 7 dan Forza Horizon 4.

Ia memberi ruang kepada penguji perkhidmatan itu dengan lebih banyak judul permainan dan pastinya sebuah platform yang baik untuk diuji.

Microsoft turut melaksanakan perkhidmatan prebiu percuma untuk xCloud dan kini sedang bergabung dengan platform XBOX Game Pass tahun depan.

Berikut adalah senarai permainan untuk xCloud

1. Bandai Namco - Ace Combat 7

2. Bigben Interactive - WRC 7

3. Capcom - Devil May Cry 5

4. Codemasters - F1 2019

5. Fatshark Games - Vermintide 2

6. Focus Home Interactive - Vampyr

7. Funcom - Conan Exiles

8. IO Interactive - Hitman

9. Klei Entertainment - Mark of the Ninja : Remastered

10. THQ Nordic - Darksiders 3

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Disember 2019 @ 6:13 PM