VIVO S1 Pro. FOTO Rosela Ismail
Sri Ayu Kartika Amri


SYARIKAT teknologi terkemuka, Vivo melancarkan telefon pintar baharunya, S1 Pro yang menampilkan gabungan teknologi fotografi dengan perisian canggih.

Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia, Mike Xu berkata, S1 Pro dijual pada harga RM1,199 dengan dua warna pilihan iaitu Knight Black dan Fancy Sky.

“S1 Pro adalah contoh sebenar bagaimana kami merekabentuk pengalaman pintar terkemuka dalam industri untuk memenuhi keperluan pengguna golongan muda di negara ini.

“Telefon pintar S1 Pro ini boleh didapati di seluruh Malaysia bermula 7 Disember ini,” katanya di majlis pelancaran Vivo S1 Pro di sini, hari ini.

Hadir sama, Pakar Produk Vivo Malaysia, Raymond Lee.

S1 Pro didatangkan dengan Kuad Kamera AI 48MP bagi menghasilkan gambar secara profesional.

Ia adalah kamera utama yang disokong lensa sudut lebar, makro dan bokeh serta dikuasakan dengan algoritma kecerdasan pintar (AI) yang menyediakan pengalaman fotografi terbaharu dengan kejelasan foto lebih baik.

Selain itu, telefon pintar baharu ini juga mempunyai ciri keselamatan peranti dijamin dengan pengimbasan cap jari dalam paparan tanpa memberi gangguan kepada pengalaman visual.

Malah, ia juga dilengkapi dengan pelbagai kesan animasi untuk pembukaan kunci peranti yang mudah dan menyeronokkan.


KETUA Eksekutif Pemasaran Vivo Malaysia, Lewis Zeng (dua dari kiri), Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia, Mike Xu (tiga dari kiri) semasa pelancaran Vivo S1 Pro hari ini. FOTO Rosela Ismail

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Disember 2019 @ 7:49 PM