NVIDIA siri MX300
Muhammad Saufi Hassan


SYARIKAT peneraju segmen unit pemproses grafik (GPU), Nvidia akan memperluaskn segmen berkenaan dengan pembaharuan siri MX yang direka untuk cip peranti mudah alih seperti laptop.

Sebuah portal teknologi melaporkan bahawa syarikat berkenaan akan memperkenalkan generasi baharu daripada siri produk MX dengan kod siri MX330 serta MX350.

Berdasarkan ujian skala 3DMark bagi resolusi 1440p menunjukkan bahawa MX350 kurang 12 peratus prestasi jika dibandingkan dengan GTX 1050 namun ia dianggap sesuai untuk segmen mudah alih yang tidak memerlukan keupayaan grafik tinggi.

Untuk resolusi Definisi Penuh (FHD) atau 1080p pula menunjukkan bahawa MX350 kurang 18 peratus kuasa prestasi berbanding dengan GTX 1050 bagaimanapun mencatatkan peratusan yang bak jika dibandingkan dengn GTX 960M.

Siri MX300 adalah generasi ketiga bagi GPU mudah alih yang digunakan untuk laptop kelas permulaan dan Nvidia masing menggunakan rekaan ‘Pascal’ berbanding Turing yang digunakan dalam generasi baharu.

Ia agak mengecewakan apabila generasi ketiga MX masih ketinggalan agak jauh berbanding GTX 1050 dan pengguna mengharapkan bahawa siri berkenaan mampu untuk setanding atau lebih baik mengatasi GTX 1050.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Februari 2020 @ 4:10 PM